Wednesday, August 24, 2011

Assalammualaikum wbt,


Selamat Datang ke zuebusana.blogspot.com, zuebsuana dimiliki oleh IZ Intelligence Resources sebuah syarikat 100% Bumiputera yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perniagaan zue busana dijalankan secara online dan berkonsepkan Home Outlet.


Kami di Zue Busana berusaha memastikan produk yang diniagakan berkualiti dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Kami juga lebih dikenali dengan harga yang murah tetapi berkualiti bagi pelanggan-pelanggan yang telah berurusan secara langsung dengan kami. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan bagi kami dan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami secara berterusan kami sedia menerima segala buah pandangan dan pendapat yang membina.


Untuk makluman semua, Zue Busana juga menyediakan ruang bagi peniaga-peniaga mendapatkan produk-produk niaga secara borong. Atas inisiatif ini juga kami turut menjual alatan-alatan yang bersesuaian untuk menjalankan perniagaan.


Kami mengucapkan jutaan terima kasih bagi pelanggan-pelanggan yang selama ini berurusan dengan kami dan Selamat Datang bagi mereka yang berminat. Kami amat berharap usaha sama dua arah diantara Tuan-Tuan dan Puan-Puan dengan pihak kami iaitu Zue Busana akan kekal hingga ke akhir hayat.


Selamat maju jaya bagi semua para peniaga dan kami mendoakan kesejahteraan anda sekeluarga dan sentiasa mendapat hidayah dan sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t


Wassalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...